Powered By Blogger

Tuesday, August 19, 2008

Citizen Kane

The fresh, sophisticated, and classic masterpiece, Citizen Kane (1941), is probably the world's most famous and highly-rated film, with its many remarkable scenes and performances, cinematic and narrative techniques and experimental innovations (in photography, editing, and sound). Its director, star, and producer were all the same genius individual - Orson Welles (in his film debut at age 25!), who collaborated with Herman J. Mankiewicz on the script (and also with an uncredited John Houseman), and with Gregg Toland as his talented cinematographer. [The amount of each person's contributions to the screenplay has been the subject of great debate over many decades.] Toland's camera work on Karl Freund's expressionistic horror film Mad Love (1935) exerted a profound influence on this film.

The film, budgeted at $800,000, received unanimous critical praise even at the time of its release, although it was not a commercial success (partly due to its limited distribution and delayed release by RKO due to pressure exerted by famous publisher W.R. Hearst) - until it was re-released after World War II, found well-deserved (but delayed) recognition in Europe, and then played on television.

The film engendered controversy (and efforts at suppression in early 1941 and efforts at suppression in early 1941 through intimidation, blackmail, newspaper smears, discrediting and FBI investigations) before it premiered in New York City on May 1, 1941, because it appeared to fictionalize and caricaturize certain events and individuals in the life of William Randolph Hearst - a powerful newspaper magnate and publisher. The film was accused of drawing remarkable, unflattering, and uncomplimentary parallels (especially in regards to the Susan Alexander Kane character) to real-life. The notorious battle was detailed in Thomas Lennon's and Michael Epstein's Oscar-nominated documentary The Battle Over Citizen Kane (1996), and it was retold in HBO's cable-TV film RKO 281 (1999) (the film's title refers to the project numbering for the film by the studio, before the film was formally titled):

Sunday, August 3, 2008

komen dari nancy (Australia) mengenai Independent film

Pada 21- 27 hb hari tuh berlangsung satu kongres antarabangsa iaitu ICA congress 2008 di Kuala Lumpur Convention Centre. Aku merupakan salah seorang sekretariat ICA 2008 sepanjang minggu tu, tugas aku tak lain berada di kaunter information disamping pakar-pakar bahasa seperti bahasa Arab, spanish, french, mandarin, English. Tapi ape yang nak disampaikan oleh aku disini adalah pada suatu hari datanglah seorang delegasi dari Australia ke meja information dan die mintak tolong kat aku pasal MACbook die. Sebenarnye die nak try connect MACbook die kat network ICA, so aku pun tolong la die nak dekat 20 minit gak la pastuh berjaya la connect MAC book die kat network ICA. Pada masa tu orang putih yang bername Nancy ni bukan main happy lagi die dan lepas tu die asyik cakap "Thank you" berkali-kali. Lepas daripada tu aku pun bagi la die pamplet Mini Cinema kat die yang mana beberapa tayangan seperti dokumentari mengenai Malaysia ngan Goverment nye cite la. Mase lepas die belek-belek pamplet tu die terus tanya aku , "Are you into Film? aku pun jawab la "Yes" Why? Nancy pun jawab "I just thinking that all this documentaries are just like government propaganda" "Dont you think so? aku pun jawab " Yes, but what can i do? Nancy pun cakap lagi "I have seen Independent Film by Malaysian before and i think its good and creative" " I love to see that kind of Films" .... kesimpulannya Nancy ni memang support Independent Film... aku pun berborak la ngan die pasal Independent Film... die pun banyak tanye pasal perkembangan Filem kat Malaysia macam Universiti yang tawarkan kos yang berkaitan ngan filem, broadcasting etc.. tapi bagi aku Si Nancy ni walaupun umur die dalam lingkungan 50 + tapi die mengikuti perkembangan semasa filem ... memang aku salute la Nancy ni.. bukan tu je Si Nancy ni sebenarnye merupakan salah seorang delegasi kongres ICA 2008 dan berkhidmat di National Archives of Australia... thanks Nancy...

Thursday, July 31, 2008

KLIFF or STIFF?

KLIFF merupakan penganjur festival filem yang agak beprestij jugak la (Kuala Lumpur International Film Festival), Penganjuran yang pertama adalah pada tahun 2007 yang lalu bertempat di Cine Leisure Damanasara, kat situ Exhibition dari pembuat filem dari seluruh dunia dipamerkan. Antara pameran yang begitu mengujakan adalah dari Korea, Jepun, USA banyak lagi, masing-masing mempromosikan teknologi terbaru dalam bidang perfileman dan animasi. Tapi bagi aku sebagai seorang volunteer pada mase tu yang paling penting adalah acara kemuncak iaitu 'Awards Night' yang memberi pengiktirafan kepada pembikin filem dalam dan luar negara. Tetapi itu bukan lah titik noktah kepada segala-galanya kerana manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Aku rase kite semua harus mengubah mentaliti yang terlalu mengutamakan orang asing daripada orang sendiri, contohnya KLIFF mengadakan kategori Film Pendek (short film) tetapi bagi aku yuran penyertaan yang dikenakan kepada peserta tempatan adalah terlalu mahal USD 200. Bagi pembikin filem pendek Independent kos tu terlalu tinggi sebab budget yang diorang ade pun cukup-cukup makan je. Ini merupakan perkara-perkara yang mungkin pihak Atasan KLIFF anggap merupakan perkara kecil, tapi bagi aku ia merupakan satu cara yang boleh KLIFF bantu Independent Film Maker Malaysia menjadi lebih maju at least setapak lagi. Sebagai seorang volunteer aku rase dari segi kebajikan memang KLIFF jage dari segi makanan, duit elaun, T shirt, free ticket etc tapi ade satu yang paling penting yang KLIFF ambil enteng adalah mengenai Sijil Penghargaan Volunteer yang dijanjikan sampai sekarang aku ngan volunteer lain-lain tak dapat lagi. Sekarang ni dah nak sampai tarikh penganjuraan KLIFF yang kedua tapi sijil masih tak dapat lagi, ini yang agak mengecewakan aku dan volunteer yang lain. Aku harap KLIFF akan lebih mengambil perhatian keatas perkara-perkara yang mungkin dianggap kecil tetapi memberikan impak yang besar, tanpa volunteer maka KLIFF takkan berjaya menjadi penganjuran yang berprestij. Hidup Volunteer KLIFF 2007.. kudos....

Wednesday, July 30, 2008

darah jingga?

hari ini aku lihat dunia
pancaran matahari terik menembusi lubang-lubang papan usang
sekumpulan anak kecil bermain teng teng
kampung pandan menjadi saksi gelak ketawa girang

hari ini aku terbang jauh luar dunia
melampaui kaca besar gah memancar sepolosok dunia
aku halusi satu berita dari wartawan dunia tentang si mata satu durjana
berlagak seperti shakespearre bersandiwara main wayang kulit

Aku sakit, aku benci kepada topeng-topeng hitam
mencela, menghukum tidak kira umur tidak kira batasan
membunuh tanpa rasa kesal malah bangga tidak ubah seperti Iblis
persetan pada kamu yang bertopeng hitam bersembunyi disebalik keamanan dunia!

hari esok aku pasti akan ada hari kemenangan
perjuangan mereka yang lemah tidak pernah tewas
merentasi masa dan sempadan Baitulmaqdis berjuang pendekar mulia
jangan biar si celaka , si laknat yang tidak jemu menghisap darah anak-anak kecil dunia
sehingga ke titisan yang terakhir mengalir laju dan sayu waktu itu berwarna
jingga.....

HD or Conventional FILM?

Baru-baru ni aku jenguk kat forum dalam sinema malaysia, perbicangan pasal perbandingan format HD dengan Film. Bagi aku Film lame yang gunekan can tu ade ciri-ciri unik yang tersendiri dari segi seni la, tapi jenis format dan teknologi biase la akan berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Pada sesetengah orang yang dah biase menggunekan format FILM mungkin die tak dapat nak adapt teknologi baru seperti HD format. Sebenarnye dua-dua format pun sebenarnye mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, ini semua terpulang kepada orang yang hendak melakukan proses -proses penggambaran dan penyuntingan. Bagi generasi yang lebih cenderung kepada teknologi terbaru dah tentu memilih format HD dan generasi lame sudah tentu mempertahankan kemahiran diorang pada FILM (cinematography). Tapi yang penting disini format bukan lah penentu kepada kejayaan kepada sesuatu filem itu sendiri. Ape yang paling penting sekarang ni adalah mutu dan kualiti Filem itu sendiri yang mampu menarik rakyat Malaysia menyokong FILEM tempatan... begitu juga short film... dan tak lupe juga kepada yang memperjuangkan Independent Film.. semoga terus berkembang maju di mase akan datang... insyaAllah...

Monday, July 28, 2008

hello

hello selamat datang ke blog saya yang pertama kali nye dipublishkan pada 28/07/2008. Di harap anda semua dapat bertukar-tukar pandangan mengenai independent film dan juga segala yang berkaitan dengan bidang seni tanah air...